Tuesday 12 July 2011

Cencaru Belah Belakang

Bahan A:

  • 2 ekor ikan cencaru
  • Minyak bagi mengoreng
Bahan B: (Untuk Sambal) - Dikisar
  • 2 batang serai (diracik)
  • 4 biji bawang merah
  • 6 biji cili merah
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan C: (Sebagai Hiasan)
  • Beberapa biji limau kasturi
  • Beberapa helai salad

Cara Membuat:

  • Ikan dibelah pada bahagian belakang dan dicuci bersih.
  • Masukkan bahan sambal di belakang ikan cencaru.
  • Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing.
  • Terbalikkan ikan supaya garing kedua-dua belah.
  • Apabila sudah masak hidangkan dalam pinggan
  • Hiasan dengan salad dan limau kasturi.Limau kasturi boleh diperah semasa makan bagi menambahkan perisa sambal dalam ikan.
Siap...Selamat Mencuba..