Tuesday 12 July 2011

Cencaru Belah Belakang

Bahan A:

  • 2 ekor ikan cencaru
  • Minyak bagi mengoreng
Bahan B: (Untuk Sambal) - Dikisar
  • 2 batang serai (diracik)
  • 4 biji bawang merah
  • 6 biji cili merah
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan C: (Sebagai Hiasan)
  • Beberapa biji limau kasturi
  • Beberapa helai salad

Cara Membuat:

  • Ikan dibelah pada bahagian belakang dan dicuci bersih.
  • Masukkan bahan sambal di belakang ikan cencaru.
  • Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing.
  • Terbalikkan ikan supaya garing kedua-dua belah.
  • Apabila sudah masak hidangkan dalam pinggan
  • Hiasan dengan salad dan limau kasturi.Limau kasturi boleh diperah semasa makan bagi menambahkan perisa sambal dalam ikan.
Siap...Selamat Mencuba..

Sunday 19 June 2011

Nasi Ayam Bakar

Bahan A:

  • 4 cawan beras bathmati (Basuh dan tuskan)
  • 1 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • 3 biji tomato
  • 3 biji limau kasturi (diambil jus)
  • 1 tangkai daun sup (diracik)
Bahan B: (Sup)
  • 10 cawan air
  • 1 ekor ayam (dipotong 4)
  • 5 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • Garam secukup rasa
Cara Membuat:
  • Masukkan semua bahan B dan masakkan sehingga mendidih
  • Keluarkan ayam dan 4 cawan air rebusan.Masukkan dalam periuk nasi eletrik dan masakkan seperti biasa
  • Potong dadu timun, lobak merah dan buah tomato
  • Gaulkan dengan jus limau dan garam.Kacaukan sehingga rata
  • Bakar ayam sehingga kelihatan garing dan potong kecil
  • Masukkan daun sup ke dalam air rebusan dan hidangkan nasi dan sayuran tadi
Siap!!!!! Selamat mencuba....

Wednesday 15 June 2011

Udang Sos Lada Hitam

Bahan-Bahan:

  • 500 gram udang besar
  • 2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • 5 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 3 biji cili merah (dihiris)
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1/2 cawan air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Daun bawang
Cara Membuat:
  • Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan bahan hirisan sehingga wangi
  • Masukkan udang dan goreng sehingga masak
  • Bancuhkan tepung jagung dengan air dan garam
  • Masukkan dalam kuali dan kacau hingga rata
  • Masukkan cili merah dan sedia untuk dihidangkan

Siap!!! Selamat Mencuba.....

Monday 13 June 2011

Kuzi Ayam

Bahan A:

  • 1 ekor ayam (di potong kecil)
  • 1 cawan susu cair
  • 2 sudu makan rempah kuzi
  • 2 biji tomato buah (di belah 4)
  • 1 labu bawang besar (di belah 4)
  • 1/2 cawan kismis
  • 1 cawan sos tomato
  • 1 cawan bawang goreng
  • 2 cawan minyak (untuk goreng ayam)
  • 1 sudu makan serbuk kunyik
  • Garam secukup rasa
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
Bahan B: (dikisar)
  • 5 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 inci halia
  • 5 biji cili merah
Cara Membuat:
  1. Ayam dibersih dan digaul dengan garam dan kunyit.Goreng sehingga 3/4 masak dan ketepikan.
  2. Gunakan 3 sudu makan minyak dan tumiskan bahan B sehingga wangi dan naik minyak.
  3. Masukkan rempah kuzi dan sos tomato.Kacau sehingga rata.
  4. Masukkan ayam,susu cair,kismis,tomato,bawang besar,bawang goreng dan cili merah.Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak.
  5. Hidangkan dengan nasi minyak, nasi putih atau roti.
Selesai!!!!!!! Selamat Mencuba....

Ayam Percik Putih

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam (di belah 4)
3 cawan santan (1 biji kelapa)
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
5 biji bawang merah (di kisar)
3 ulas bawang putih (di kisar)
3 inci halia (di kisar)
3 batang serai (di kisar)

2 sudu makan ketumbar (di kisar)
1 sudu makan jintan manis (di kisar)
1 sudu makan lada hitam (di kisar)

CARA MEMBUAT;

1. Masukkan semua bahan dalam kuali.
2. Masakkan sehingga naik minyak dan pekat.
3. Bakar ayam hingga berminyak dan garing.
4. Hidangkan dengan lebihan kuah tadi..

                        Selamat Mencuba!!!!

Friday 10 June 2011

Daging Lesamah


Bahan A:

  • 500 gram daging(dihiris nipis)
  • 300 gram rebung (dipotong kecil)
  • 3 sudu makan rempah kari(dibancuhkan)
  • 3 sudu makan air 
  • 2 cawan santan (1/2 biji kelapa)
  • 2 sudu makan minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan B (ditumis):

  • 2 inci kulit kayu manis 
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang 
  • 2 biji buah pelaga
  • 5 biji bawang merah(dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 tangkai daun kari
Cara membuat:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari dan kacau rata.
  3. Masukakan daging dan rebung.Masakkan sehingga naik minyak.
  4. Masukkan santan dan masak sehingga pekat dan naik minyak.
  5. Sedia dihidangkan.
selamat mencuba!

Ketupat Sotong




Bahan-bahan:

  • 1 kilogram sotong 
  • 400 gram beras pulut(direndamkan selama 4 hingga 5 jam)
  • 5 inci halia(dihiris)
  • 3 biji bawang merah(dihiris)
  • 1 ulas bawang putih(dihiris)
  • 1 sudu teh  halba
  • 4 cawan santan (1 biji kelapa)
  • 1 sudu teh gula 
  • lidi kelapa dipotong 2 inci 
  • garam secukup rasa
Cara membuat:

  1. Sotong dibuang kulit dan dibasuh sehingga bersih.
  2. Beras pulut ditus dan digaul dengan  garam.Kacau rata.
  3. Masukkan beras pulut ke dalam perut sotong sehingga 3/4 badannya.
  4. Tutup ruang terbuka sotong dengan lidi kelapa yang dipotong tadi(supaya beras pulut tidak terkeluar)
  5. Masukkan sotong dan semua bahan dalam periuk.
  6. Masakkan dengan api sederhana selama 30 minit sehingga kuah pekat.
  7. Hidangkan dengan kuahnya.
selamat mencuba!