Sunday, 19 June 2011

Nasi Ayam Bakar

Bahan A:

  • 4 cawan beras bathmati (Basuh dan tuskan)
  • 1 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • 3 biji tomato
  • 3 biji limau kasturi (diambil jus)
  • 1 tangkai daun sup (diracik)
Bahan B: (Sup)
  • 10 cawan air
  • 1 ekor ayam (dipotong 4)
  • 5 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • Garam secukup rasa
Cara Membuat:
  • Masukkan semua bahan B dan masakkan sehingga mendidih
  • Keluarkan ayam dan 4 cawan air rebusan.Masukkan dalam periuk nasi eletrik dan masakkan seperti biasa
  • Potong dadu timun, lobak merah dan buah tomato
  • Gaulkan dengan jus limau dan garam.Kacaukan sehingga rata
  • Bakar ayam sehingga kelihatan garing dan potong kecil
  • Masukkan daun sup ke dalam air rebusan dan hidangkan nasi dan sayuran tadi
Siap!!!!! Selamat mencuba....

Wednesday, 15 June 2011

Udang Sos Lada Hitam

Bahan-Bahan:

  • 500 gram udang besar
  • 2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • 5 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 3 biji cili merah (dihiris)
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1/2 cawan air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Daun bawang
Cara Membuat:
  • Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan bahan hirisan sehingga wangi
  • Masukkan udang dan goreng sehingga masak
  • Bancuhkan tepung jagung dengan air dan garam
  • Masukkan dalam kuali dan kacau hingga rata
  • Masukkan cili merah dan sedia untuk dihidangkan

Siap!!! Selamat Mencuba.....

Monday, 13 June 2011

Kuzi Ayam

Bahan A:

  • 1 ekor ayam (di potong kecil)
  • 1 cawan susu cair
  • 2 sudu makan rempah kuzi
  • 2 biji tomato buah (di belah 4)
  • 1 labu bawang besar (di belah 4)
  • 1/2 cawan kismis
  • 1 cawan sos tomato
  • 1 cawan bawang goreng
  • 2 cawan minyak (untuk goreng ayam)
  • 1 sudu makan serbuk kunyik
  • Garam secukup rasa
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
Bahan B: (dikisar)
  • 5 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 inci halia
  • 5 biji cili merah
Cara Membuat:
  1. Ayam dibersih dan digaul dengan garam dan kunyit.Goreng sehingga 3/4 masak dan ketepikan.
  2. Gunakan 3 sudu makan minyak dan tumiskan bahan B sehingga wangi dan naik minyak.
  3. Masukkan rempah kuzi dan sos tomato.Kacau sehingga rata.
  4. Masukkan ayam,susu cair,kismis,tomato,bawang besar,bawang goreng dan cili merah.Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak.
  5. Hidangkan dengan nasi minyak, nasi putih atau roti.
Selesai!!!!!!! Selamat Mencuba....

Ayam Percik Putih

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam (di belah 4)
3 cawan santan (1 biji kelapa)
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
5 biji bawang merah (di kisar)
3 ulas bawang putih (di kisar)
3 inci halia (di kisar)
3 batang serai (di kisar)

2 sudu makan ketumbar (di kisar)
1 sudu makan jintan manis (di kisar)
1 sudu makan lada hitam (di kisar)

CARA MEMBUAT;

1. Masukkan semua bahan dalam kuali.
2. Masakkan sehingga naik minyak dan pekat.
3. Bakar ayam hingga berminyak dan garing.
4. Hidangkan dengan lebihan kuah tadi..

                        Selamat Mencuba!!!!

Friday, 10 June 2011

Daging Lesamah


Bahan A:

  • 500 gram daging(dihiris nipis)
  • 300 gram rebung (dipotong kecil)
  • 3 sudu makan rempah kari(dibancuhkan)
  • 3 sudu makan air 
  • 2 cawan santan (1/2 biji kelapa)
  • 2 sudu makan minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan B (ditumis):

  • 2 inci kulit kayu manis 
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang 
  • 2 biji buah pelaga
  • 5 biji bawang merah(dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 tangkai daun kari
Cara membuat:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari dan kacau rata.
  3. Masukakan daging dan rebung.Masakkan sehingga naik minyak.
  4. Masukkan santan dan masak sehingga pekat dan naik minyak.
  5. Sedia dihidangkan.
selamat mencuba!

Ketupat Sotong




Bahan-bahan:

  • 1 kilogram sotong 
  • 400 gram beras pulut(direndamkan selama 4 hingga 5 jam)
  • 5 inci halia(dihiris)
  • 3 biji bawang merah(dihiris)
  • 1 ulas bawang putih(dihiris)
  • 1 sudu teh  halba
  • 4 cawan santan (1 biji kelapa)
  • 1 sudu teh gula 
  • lidi kelapa dipotong 2 inci 
  • garam secukup rasa
Cara membuat:

  1. Sotong dibuang kulit dan dibasuh sehingga bersih.
  2. Beras pulut ditus dan digaul dengan  garam.Kacau rata.
  3. Masukkan beras pulut ke dalam perut sotong sehingga 3/4 badannya.
  4. Tutup ruang terbuka sotong dengan lidi kelapa yang dipotong tadi(supaya beras pulut tidak terkeluar)
  5. Masukkan sotong dan semua bahan dalam periuk.
  6. Masakkan dengan api sederhana selama 30 minit sehingga kuah pekat.
  7. Hidangkan dengan kuahnya.
selamat mencuba!

Thursday, 9 June 2011

Daging Goreng Kicap Bendi


Bahan-bahan:
  • 300 gram daging 
  • 10 biji bendi
  • 1 biji capsium merah
  • 5 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 cawan air
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan minyak masak
Cara membuat:
  1. Hiris daging nipis-nipis.
  2. Panaskan minyak,tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga layu.
  3. Masukkan daging dan air .Biarkan sehingga daging lembut.
  4. Masukkan kicap,bendi dan capsium.Kemudian kacau rata.
  5. Sedia dihidangkan.
selamat mencuba!

Wednesday, 8 June 2011

Masak Lemak Cili Api Cendawan


Bahan A:

  • 20 keping cendawan tiram (dikoyak)
  • 10 ekor udang (dibuang kulit)
  • 1/2 batang lobak merah (dipotong kecil)
  • 5 biji jagung  muda (dipotong kecil)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 cawan santan (1/2 biji kelapa)
  • garam secukup rasa
Bahan B (dikisar):

  • 10 biji cili padi
  • 3 biji bawang merah  
  • 2 inci kunyit hidup
Cara membuat:

  1. Masukkan bahan B dan serai ke dalam periuk.
  2. Masukkan udang,lobak merah dan jagung muda.
  3. Masakkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan cendawan dan santan kacau rata.
  5. Bila mendidih tutup api dan hidangkan.
selamat mencuba!

Tuesday, 7 June 2011

Ayam Masak Ladang


Bahan A:

  • 1 ekor ayam (dibuang kulit dan dipotong kecil)
  • 5 helai daun limau purut (dicarik halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 cawan santan  (1/2 biji kelapa)
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • 1 keping asam gelugur
  • 3 sudu makan minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan B:(dikisar)

  • 10 biji cili api
  • 20 tangkai cili kering
  • 3 inci halia
  • 3 inci  lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 10 biji  bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
Cara membuat:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B dan serai yang diketuk.
  2. Apabila sudah naik minyak,masukkan ayam dan biarkan seketika.
  3. Masukkan santan,daun limau purut,tomato dan asam gelugur.
  4. Biarkan masak dengan api perlahan sehingga mendidih dan naik minyak.
  5. Hidangkan dengan nasi putih,nasi minyak,roti atau roti jala.
selamat mencuba!

Daging Singgang

 
Bahan-bahan:
  •  500 gram daging
  •  3 keping asam gelugur
  •  3 ulas bawang putih
  • 4 inci lengkuas
  • 3 inci kunyit hidup 
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 10 biji cili padi
  • garam  dan air secukup rasa        
Cara membuat:
  1. Daging dihiris nipis.
  2. Ketumbar dan jintan manis ditumbuk kasar.
  3. Masukkan semua bahan kecuali garam dan cili padi ke dalam periuk.
  4. Masakkan sehingga daging lembut.
  5. Masukkan cili padi dan garam secukup rasa.
  6. Hidangkan dengan nasi putih dan sambal belacan.

selamat mencuba!!!!